Penularan COVID-19 di Malaysia membuka ruang luas buat usahawan kecil dan sederhana belajar untuk adaptasi teknologi dalam segenap aspek.<br /><br />Syarikat yang biasanya menggunakan media tradisional dalam urusan mereka kini mula mengubah cara mereka menjalankan perniagaan agar dapat bertahan ketika tempoh sukar tersebut.<br /><br />Obiz Webster & Studio Provider di Johor, antara yang ambil langkah berani, menggunakan platform media sosial bagi mendapatkan akses pasaran ketika pandemik.
